Pada minggu 12 kuliah kami telah mempelajari tentang proses perancangan analisis & strategi pembangunan media yang disampaikan oleh Dr Rosseni Din. Ini antara apa yang saya belajar didalam kuiah tersebut. Perancangan pembangunan media untuk proses pengajaran dan pembelajaran merangkumi:
Manakala bagi kelas tutorial, kami telah mempelajari cara mebuat AR dengan munggunakan Blippar. Memang tidak dapat dinafikan bahawa, globalisasi dan inovasi dalam teknologi telah membawa kepada penggunaan teknologi yang meluas dalam hampir semua sektor, tidak terkecuali dalam bidang pendidikan. Sejak kebelakangan ini, penggunaan teknologi dalam bidang pendidikan semakin meluas dan berkembang pesat di seluruh dunia. Integrasi teknologi dalam bidang pendidikan sentiasa membuka peluang baru di mana kajian telah menunjukkan bahawa teknologi dapat meningkatkan pengalaman pengajaran dan pembelajaran. Terdapat pelbagai teknologi yang telah diintegrasikan ke dalam pelbagai disiplin pendidikan. Augmented Reality (AR), yang membenarkan gabungan dunia nyata dan maya, merupakan salah satu teknologi terkini yang berpotensi dan telah diaplikasikan dalam bidang pendidikan. Saya sangat teruja bila dapat tahu cara untuk membuat AR apatah lagi, bila dapat belajar AR dengan Dr Fariza yang pernah dinobatkan sebagai juara Hari Inovasi 2017 Fakulti Pendidikan UKM bagi kategori e-Inovasi Penyelidikan (Pensyarah Fakulti Pendidikan). Bagi pendapat saya AR sangat mudah untuk membuat dan ia sangat menarik bila menggunakannya di dalam bilik darjah saya akan datang. Selain daripada itu, kami juga belajar tentang Biteable dan cara download youtube tanpa menggunakan apps. Apa yang saya belajar pada minggu ini, saya akan mengaplikasikan di dalam tugasan saya dan akan guna sehingga saya mengajar pelajar. Terima kasih DR fARIZA :))
0 Comments
Leave a Reply. |
Author
group mate
|