Kuliah yang seterusnya bersama dengan Dr. Fariza yang menyampaikan satu topik berkaitan dengan teknologi ‘Augmented Reality’ dalam pendidikan. Integrasi teknologi dalam bidang pendidikan telah menunjukkan bahawa teknologi dapat meningkatkan motivasi dalam pembelajaran. Terdapat pelbagai teknologi yang telah diintegrasikan ke dalam pelbagai disiplin pendidikan antaranya adalah teknologi Augmented Reality. Teknologi Augmented Reality digunakan sebagai nilai tambah bagi elemen seronok (fun) dan dapat menarik minat pelajar untuk belajar. AR adalah sejenis kesan visual yang dihasilkan oleh telefon bimbit atau komputer di mana objek visual yang ada pada buku atau apa jua bahan bercetak akan menghasilkan pemandangan sebenar yang kelihatan di paparan skrin. AR boleh menjadi salah satu cabang pendidikan yang efektif kerana penerangan dan gambaran secara realiti dan jelas dapat divisualkan kepada pelajar. Salah satu yang paling popular AR telah menyusupkan kehidupan seharian adalah melalui permainan mudah alih. Pada tahun 2016, permainan AR "Pokémon Go" menjadi sensasi di seluruh dunia, dengan lebih daripada 100 juta pengguna dianggarkan pada puncaknya. Oleh itu, sebagai Teknologi AR pendidikan, nampaknya ia dapat meningkatkan unsur-unsur menarik dan interaktif dalam belajar. Salah satu daripada AR yang paling mudah digunakan dalam pendidikan adalah menyokong bahan buku teks. Hal ini pelajar dapat belajar mengikut kelajuan masing masing, meningkatkan motivasi , kepuasan dan meningkatkan pembelajaransecara konstekstual. Dengan penggunaan teknologi ini, ianya dapat menerapkan budaya inovasi dalam pengajaran yang mampu menjadikan proses pengajaran danpembelajaran menjadi lebih interaktif serta dapat meningkatkan kualiti pendidikannegara (Rohaila & Fariza, 2016). Bagaimana pentingnya peranan teknologi dalam duniapendidikan, begitu juga penting untuk melihat bagaimana teknologi boleh membantupelajar untuk tujuan pembelajaran Tiada kelas tutorial pada minggu 7. Tetapi Dr. Fariza telah memberi tugasan pertama yang melibatkan di dalam kumpulan di mana setiap kumpulan menpunyai 3 ahli. Tugasannya ialah Storyboard. Jadi kami membuat persiapan storyboard untuk present pada minggu hadapan. Storyboard atau Papan cerita bermaksud persediaan pada peringkat awal proses reka bentuk. Papan cerita adalah himpunan lakaran rupa bentuk skrin-skrin paparan yang digunakan dalam aplikasi multimedia. Dalam melakarkan papan cerita kita perlu mengaplikasi konsep reka letak. Papan cerita adalah lakaran imaginasi tentang apa yang hendak dipaparkan dalam satu persembahan perisian multimedia.
0 Comments
Leave a Reply. |
Author
group mate
|