Untuk kuliah minggu ini, kita belajar tentang teori-teori pembelajaran yang mendasari perancanga, pembangunan serta perlaksanaan sesuatu media yang disampaikan oleh Dr Md Yusoff. Teori Pembelajaran adalah satu set prinsip yang teratur yang menerangkan bagaimana individu memperoleh, mengekalkan dan menarik perhatian pengetahuan. Kita dapat lebih memahami bagaimana pembelajaran berlaku dengan mengkaji teori pembelajaran terutama kita sebagai guru masa depan yang perlu menghadapi pelbagai jenis pelajar. Terdapat empat teori pembelajaran iaitu behaviorism, cognitivism, konektivisme dan konstruktivisme.
Sebagai kesimpulan, guru perlu mempunyai dua arah pengajaran. Kita tidak boleh bergantung kepada cara pengajaran dan pembelajaran tradisional. Guru perlu memastikan semua orang di dalam bilik darjah secara sosial dan terlibat dengan satu sama lain. Maklumat mungkin diterima secara pasif, tetapi pemahaman tidak boleh, kerana ia mesti datang daripada membuat hubungan bermakna antara pengetahuan terdahulu, pengetahuan baru, dan proses yang terlibat dalam pembelajaran. Bagi kelas tutorial pada minggu ini ialah kami perlu membincang di dalam kumpulan tentang AR yang telah dipelajari pada minggu ke 7. Disebabkan sekarang musim Sukan Sea, jadi kami merancang untuk membuat AR berkaitan dengan sukan . Secara terperincinya, kami merancang untuk membuat sukan yang tidak dikenali oleh masyarakat tetapi sukan tersebut dipertandingkan di peringkat tertinggi. Dunia semakin maju dan berkembang pesat, begitu juga perkembangan dunia sukan baru semakin meluas di serata dunia dan jika sukan-sukan baharu ini mendapat sambutan sudah pasti ia semakin berkembang meluas ke seluruh dunia. Kini banyak sukan yang jarang kita dengar tetapi sukan bekenaan semakin popular di Malaysia. Bola sepak dan babminton tidak usah bercerita lagi kerana ia sudah menjadi kegemaran rakyat di negara ini. Maka AR ini akan menceritakan 10 sukan yang baharu tetapi mempunyai nilai tersendiri untuk menjadi antara sukan terbaik di Malaysia. Ada diantara sukan ini mampu diperkenalkan dan dibangunkan di Malaysia. Kebanyakan sukan ini mempunyai peraturan yang telah ditetapkan oleh persatuan masing-masing
0 Comments
Leave a Reply. |
Author
group mate
|