Pada minggu 11 kuliah kami telah mempelajari tentang reka bentuk pengajaran atau TPACK yang disampaikan oleh DR. Siti Fatimah. TPACK merupakan satu kerangka yang memperkenalkan hubungan yang kompleks antara ketiga-tiga pengetahuan iaitu teknologi, pedagogi dan isi kandungan (Mishra & Koehler 2006). TPACK terdiri dari tiga komponen dasar pengetahuan iaitu teknologi, pedagogi, dan kandungan yang merupakan pengetahuan dan pemahaman intuitif pengajaran kandungan dengan kaedah pedagogi dan teknologi yang sesuai. Untuk tutorial minggu ini, kami mempunyai pembentangan untuk projek AR. Dalam kumpulan kami, kami membentangkan rancangan kami di hadapan kelas menggunakan powerpoint yang kami buat minggu lalu. Sebelum pembentangan bermula, Dr. Fariza menjelaskan bagaimana projek dibuat. Tumpuannya adalah untuk memastikan semua projek kumpulan mencapai objektif. Dr. Fariza juga memberitahu kami tentang bahan-bahan yang diperlukan untuk menyelesaikan tugasan ini. Semasa sesi pembentangan, semua kumpulan diberi beberapa nasihat oleh Dr. Fariza untuk membuat setiap projek kumpulan akan membawa manfaat kepada penonton. Apa yang saya pelajari ialah, jika kita mahu mengajar orang ramai, kita perlu memastikan bahawa pengetahuan yang kita kongsi akan menjadikan kehidupan seseorang lebih baik atau sekurang-kurangnya meningkatkan pengetahuan umum di kalangan penonton. Kerja berpasukan juga sangat penting.
0 Comments
Leave a Reply. |
Author
group mate
|