Minggu terakhir kuliah bersama dengan Dr Hazrati. Dr Hazrati telah membuat rumusan keseluruhan subjek pembelajaran di dalam kuliah Kursus Teknologi dan Inovasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran (GGGA2123).
Minggu terakhir juga bersama dengan Dr Fariza. Kelas kali ini semua kumpulan telah membentangkan hasil kerja masing-mrasing. Pada hari ini, kami membentangkan aktviti kumpulan yang telah disiapkan iaitu projek video dan Ar. Kelas pada hari ini sangat seronok kerana dapat melihat kreativiti kawan-kawan membuat tugasan masing-masing. Bagi tugasan AR, kami telah membuat permainan ‘SPORT CROSSWORD’. Pada minggu 9 yang lalu Dr Fariza meminta kami untuk membuka aplikasi open learning untuk membuat bacaan berkaitan dengan penilaian prototaip. Namun, modul yang diminta untuk dibuka oleh beliau mempunyai ralat, jadi beliau akan menggantikan latihan yang lain. Refleksi ini adalah refleksi terakhir di mana kami dikehendaki mengemaskini blog setelah selesai semua sesi pembelajaran dalam kursus Teknologi dan Inovasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Pada pendapat saya, ini adalah salah satu platform yang baik bagi bakal-bakal guru seperti kami di Fakulti Pendidikan kerana kursus ini banyak mengajar kami kemahiran, teknik dan kaedah pengajaran dengan menggunakan teknologi terkini. Penulisan blog, penghasilan bahan storyboard dan multimedia, Gamifikasi&Argumented Reality dan curriculum vitae adalah antara tugasan yang diberikan sepanjang kepada kami secara individu serta berkumpulan. Saya juga ingin berterima kasih kepada Dr. Fariza yang tidak putus-putus memberi panduan, tunjuk ajar dan bimbingan sepanjang 10 minggu kelas tutorial bersamanya. Oleh itu, kursus ini seharusnya diteruskan bagi membimbing bakal-bakal guru pada masa hadapan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran kelak.
0 Comments
Pada minggu ke 13 kami telah mempelajari tentang web 2.0 dan aplikasi dalam pendidikan yang disampaikan oleh Dr. Hazrati. Berikut adalah web 2.0: 1. Definisi
Tiada kelas tutorial pada minggu 13. Hal ini kerana Dr fariza memberi masa kepada kami untuk menyiapkan semua tugasan iaitu video, AR dan blog ini.
Pada minggu 12 kuliah kami telah mempelajari tentang proses perancangan analisis & strategi pembangunan media yang disampaikan oleh Dr Rosseni Din. Ini antara apa yang saya belajar didalam kuiah tersebut. Perancangan pembangunan media untuk proses pengajaran dan pembelajaran merangkumi:
Manakala bagi kelas tutorial, kami telah mempelajari cara mebuat AR dengan munggunakan Blippar. Memang tidak dapat dinafikan bahawa, globalisasi dan inovasi dalam teknologi telah membawa kepada penggunaan teknologi yang meluas dalam hampir semua sektor, tidak terkecuali dalam bidang pendidikan. Sejak kebelakangan ini, penggunaan teknologi dalam bidang pendidikan semakin meluas dan berkembang pesat di seluruh dunia. Integrasi teknologi dalam bidang pendidikan sentiasa membuka peluang baru di mana kajian telah menunjukkan bahawa teknologi dapat meningkatkan pengalaman pengajaran dan pembelajaran. Terdapat pelbagai teknologi yang telah diintegrasikan ke dalam pelbagai disiplin pendidikan. Augmented Reality (AR), yang membenarkan gabungan dunia nyata dan maya, merupakan salah satu teknologi terkini yang berpotensi dan telah diaplikasikan dalam bidang pendidikan. Saya sangat teruja bila dapat tahu cara untuk membuat AR apatah lagi, bila dapat belajar AR dengan Dr Fariza yang pernah dinobatkan sebagai juara Hari Inovasi 2017 Fakulti Pendidikan UKM bagi kategori e-Inovasi Penyelidikan (Pensyarah Fakulti Pendidikan). Bagi pendapat saya AR sangat mudah untuk membuat dan ia sangat menarik bila menggunakannya di dalam bilik darjah saya akan datang. Selain daripada itu, kami juga belajar tentang Biteable dan cara download youtube tanpa menggunakan apps. Apa yang saya belajar pada minggu ini, saya akan mengaplikasikan di dalam tugasan saya dan akan guna sehingga saya mengajar pelajar. Terima kasih DR fARIZA :)) Pada minggu 11 kuliah kami telah mempelajari tentang reka bentuk pengajaran atau TPACK yang disampaikan oleh DR. Siti Fatimah. TPACK merupakan satu kerangka yang memperkenalkan hubungan yang kompleks antara ketiga-tiga pengetahuan iaitu teknologi, pedagogi dan isi kandungan (Mishra & Koehler 2006). TPACK terdiri dari tiga komponen dasar pengetahuan iaitu teknologi, pedagogi, dan kandungan yang merupakan pengetahuan dan pemahaman intuitif pengajaran kandungan dengan kaedah pedagogi dan teknologi yang sesuai. Untuk tutorial minggu ini, kami mempunyai pembentangan untuk projek AR. Dalam kumpulan kami, kami membentangkan rancangan kami di hadapan kelas menggunakan powerpoint yang kami buat minggu lalu. Sebelum pembentangan bermula, Dr. Fariza menjelaskan bagaimana projek dibuat. Tumpuannya adalah untuk memastikan semua projek kumpulan mencapai objektif. Dr. Fariza juga memberitahu kami tentang bahan-bahan yang diperlukan untuk menyelesaikan tugasan ini. Semasa sesi pembentangan, semua kumpulan diberi beberapa nasihat oleh Dr. Fariza untuk membuat setiap projek kumpulan akan membawa manfaat kepada penonton. Apa yang saya pelajari ialah, jika kita mahu mengajar orang ramai, kita perlu memastikan bahawa pengetahuan yang kita kongsi akan menjadikan kehidupan seseorang lebih baik atau sekurang-kurangnya meningkatkan pengetahuan umum di kalangan penonton. Kerja berpasukan juga sangat penting. Untuk kuliah minggu ini, kita belajar tentang teori-teori pembelajaran yang mendasari perancanga, pembangunan serta perlaksanaan sesuatu media yang disampaikan oleh Dr Md Yusoff. Teori Pembelajaran adalah satu set prinsip yang teratur yang menerangkan bagaimana individu memperoleh, mengekalkan dan menarik perhatian pengetahuan. Kita dapat lebih memahami bagaimana pembelajaran berlaku dengan mengkaji teori pembelajaran terutama kita sebagai guru masa depan yang perlu menghadapi pelbagai jenis pelajar. Terdapat empat teori pembelajaran iaitu behaviorism, cognitivism, konektivisme dan konstruktivisme.
Sebagai kesimpulan, guru perlu mempunyai dua arah pengajaran. Kita tidak boleh bergantung kepada cara pengajaran dan pembelajaran tradisional. Guru perlu memastikan semua orang di dalam bilik darjah secara sosial dan terlibat dengan satu sama lain. Maklumat mungkin diterima secara pasif, tetapi pemahaman tidak boleh, kerana ia mesti datang daripada membuat hubungan bermakna antara pengetahuan terdahulu, pengetahuan baru, dan proses yang terlibat dalam pembelajaran. Bagi kelas tutorial pada minggu ini ialah kami perlu membincang di dalam kumpulan tentang AR yang telah dipelajari pada minggu ke 7. Disebabkan sekarang musim Sukan Sea, jadi kami merancang untuk membuat AR berkaitan dengan sukan . Secara terperincinya, kami merancang untuk membuat sukan yang tidak dikenali oleh masyarakat tetapi sukan tersebut dipertandingkan di peringkat tertinggi. Dunia semakin maju dan berkembang pesat, begitu juga perkembangan dunia sukan baru semakin meluas di serata dunia dan jika sukan-sukan baharu ini mendapat sambutan sudah pasti ia semakin berkembang meluas ke seluruh dunia. Kini banyak sukan yang jarang kita dengar tetapi sukan bekenaan semakin popular di Malaysia. Bola sepak dan babminton tidak usah bercerita lagi kerana ia sudah menjadi kegemaran rakyat di negara ini. Maka AR ini akan menceritakan 10 sukan yang baharu tetapi mempunyai nilai tersendiri untuk menjadi antara sukan terbaik di Malaysia. Ada diantara sukan ini mampu diperkenalkan dan dibangunkan di Malaysia. Kebanyakan sukan ini mempunyai peraturan yang telah ditetapkan oleh persatuan masing-masing Dalam minggu ke-9, kedua-dua kelas kuliah dan tutorial dibatalkan. Tetapi kami mempunyai tutorial di dalam talian iaitu dalam bentuk MOOC sebagai penambahan pembacaan. Apa yang saya boleh fikirkan ialah dengan tugas yang diberikan oleh Dr. Fariza minggu itu tanpa kelas tutor, Dr. Fariza memberitahu kami untuk melakukan aktiviti ini secara terbuka. Beliau memberitahu kami untuk melakukan Modul 9 iaitu Penilaian Prototaip . Penialian prototaip adalah satu kerangka untuk menilai sejauh mana prototaip itu sesuai untuk digunakan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Modul ini akan menjelaskan konsep prototaip, perisian dan penilaian perisian. Dalam zaman perkembangan teknologi ini, adalah amat penting bagi kita menyedari penggunaan pelbagai jenis perisian komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Memandangkan berbagai peringkat kualiti perisian yang terdapat dalam pasaran dan sumber-sumber lain seperti internet, guru akan menghadapi tugas menilai perisian yang sesuai digunakan untuk membantu proses pembelajaran. Oleh sebab penilaian agak rumit dan mengambil masa yang panjang, guru-guru harus cekap dan mahir dalam bidang ini bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan berkesan. Bagi memulakan proses penilaian, objektif-objektif kurikulum bagi mata pelajaran tertentu harus dipadankan dengan objektif-objektif program komputer. Ini boleh dilakukan melalui semakan dokumentasi yang diedarkan bersama dengan perisian itu. Aspek ini perlu diambil kira semasa perisian itu disemak. Jika kekurangan atau kesalahan timbul semasa penyemakan, keputusan harus diambil samada untuk menerima atau mengetepikan kekurangan itu. Sekiranya kekurangan tersebut terlalu nyata, perisian yang berkenaan tidak boleh digunakan. Selepas proses penyemakan dijalankan, sekumpulan pelajar diminta mencuba program itu. Pencapaian setiap pelajar itu kemudian dibandingkan dengan objektif kurikulum. Jika program itu didapati berkesan, maka perisian boleh dibeli atau digunakan dalam pelajaran. Kuliah pada minggu ini tiada didalam silibus Perancangan Kandungan Kursus GA2123 Inovasi Dan Teknologi dalam Pengajaran & Pembelajaran iaitu berkaitain KRIPTOGRAFI.
Pada minggu ini, kelas tutoral diadakan di mana setiap kumpulan dikehendaki membentangkan hasil kerja masing-masing kepada Dr. Fariza tentang storyboar yang telah kami hasilkan dari minggu lepas. Setelah selesai sesi pembentangan, kami mendapat komen dan cadangan dari pensyarah dan rakan kelas tutor bagi membuat sedikit penambahbaikan draf video kami. . Secara kesimpulannya, kelas tutorial pada minggu ini mengajar saya lagi satu kemahiran iaitu menyediakan satu lakaran lengkap sebelum menghasilkan sesuatu video bagi memperoleh kualiti video yang sempurna. Kuliah yang seterusnya bersama dengan Dr. Fariza yang menyampaikan satu topik berkaitan dengan teknologi ‘Augmented Reality’ dalam pendidikan. Integrasi teknologi dalam bidang pendidikan telah menunjukkan bahawa teknologi dapat meningkatkan motivasi dalam pembelajaran. Terdapat pelbagai teknologi yang telah diintegrasikan ke dalam pelbagai disiplin pendidikan antaranya adalah teknologi Augmented Reality. Teknologi Augmented Reality digunakan sebagai nilai tambah bagi elemen seronok (fun) dan dapat menarik minat pelajar untuk belajar. AR adalah sejenis kesan visual yang dihasilkan oleh telefon bimbit atau komputer di mana objek visual yang ada pada buku atau apa jua bahan bercetak akan menghasilkan pemandangan sebenar yang kelihatan di paparan skrin. AR boleh menjadi salah satu cabang pendidikan yang efektif kerana penerangan dan gambaran secara realiti dan jelas dapat divisualkan kepada pelajar. Salah satu yang paling popular AR telah menyusupkan kehidupan seharian adalah melalui permainan mudah alih. Pada tahun 2016, permainan AR "Pokémon Go" menjadi sensasi di seluruh dunia, dengan lebih daripada 100 juta pengguna dianggarkan pada puncaknya. Oleh itu, sebagai Teknologi AR pendidikan, nampaknya ia dapat meningkatkan unsur-unsur menarik dan interaktif dalam belajar. Salah satu daripada AR yang paling mudah digunakan dalam pendidikan adalah menyokong bahan buku teks. Hal ini pelajar dapat belajar mengikut kelajuan masing masing, meningkatkan motivasi , kepuasan dan meningkatkan pembelajaransecara konstekstual. Dengan penggunaan teknologi ini, ianya dapat menerapkan budaya inovasi dalam pengajaran yang mampu menjadikan proses pengajaran danpembelajaran menjadi lebih interaktif serta dapat meningkatkan kualiti pendidikannegara (Rohaila & Fariza, 2016). Bagaimana pentingnya peranan teknologi dalam duniapendidikan, begitu juga penting untuk melihat bagaimana teknologi boleh membantupelajar untuk tujuan pembelajaran Tiada kelas tutorial pada minggu 7. Tetapi Dr. Fariza telah memberi tugasan pertama yang melibatkan di dalam kumpulan di mana setiap kumpulan menpunyai 3 ahli. Tugasannya ialah Storyboard. Jadi kami membuat persiapan storyboard untuk present pada minggu hadapan. Storyboard atau Papan cerita bermaksud persediaan pada peringkat awal proses reka bentuk. Papan cerita adalah himpunan lakaran rupa bentuk skrin-skrin paparan yang digunakan dalam aplikasi multimedia. Dalam melakarkan papan cerita kita perlu mengaplikasi konsep reka letak. Papan cerita adalah lakaran imaginasi tentang apa yang hendak dipaparkan dalam satu persembahan perisian multimedia. Untuk kuliah hari ini, gamification diperkenalkan di dewan kuliah oleh Dr Hafizah.
Gamification boleh ditakrifkan sebagai aplikasi unsur-unsur biasa bermain permainan (peraturan permainan, pemarkahan mata, persaingan dengan orang lain) ke kawasan lain aktiviti, khususnya untuk melibatkan pengguna dalam menyelesaikan masalah. Sekarang kita mengalami gamification setiap hari dengan Kahoot, Quizziz dan banyak lagi. Menjadi Gen Z sendiri, saya mengakui bahawa gamification benar-benar membantu guru untuk menyampaikan pelajaran mereka dengan berkesan. Dalam pemantauan, mesti ada penguat yang baik dengan memberi ganjaran kepada pelajar. Ini akan membantu untuk meningkatkan keyakinan para pelajar dalam menjawab soalan kerana mereka berpuas hati dengan mendapat jawapan yang tepat. Selain itu, gamification boleh memastikan bahawa semua orang terlibat dalam aktiviti bilik darjah. Sebagai kesimpulan, gamification adalah satu pendekatan yang menarik untuk menjadikan pelajar lebih fokus dan menikmati proses pembelajaran mereka. Ia bukan perjalanan yang santai, melainkan pengembaraan yang menyeronokkan yang membangunkan permainan. Dalam tutorial minggu ini, kami hanya meneruskan apa yang telah kami pelajari seminggu sebelumnya. Tetapi ia lebih tepat. Kami belajar bagaimana membuat e-portfolio kami lebih menarik dengan meletakkan video youtube di dalamnya, meletakkan gambar dan kami juga membuat Padlet sebagai item yang boleh kami masukkan ke dalam blog weebly kami secara khusus. Pada dasarnya, Padlet adalah aplikasi percuma untuk membuat papan buletin dalam talian yang boleh anda gunakan untuk memaparkan maklumat untuk setiap topik. Buat akaun dengan mudah dan buat papan baru. Anda boleh menambah imej, pautan, video, dan banyak lagi. Elemen ini sangat penting untuk menjadikan blog kita lebih menarik dan mudah untuk memaparkan maklumat. Setiap item yang kami mahu masukkan di blog kami mempunyai cara tersendiri untuk digunakan. Ia tidak mudah untuk saya kerana saya bukan orang yang benar-benar digunakan untuk barangan teknologi. Tetapi, dengan bantuan pensyarah, saya boleh melakukannya perlahan-lahan. Sebagai guru, saya benar-benar perlu menguasai perkara seperti ini. Sebabnya, pertama sekali, ia membantu saya menarik perhatian dan perhatian pelajar saya jika kelihatan lemah saya kelihatan menarik jika saya melakukan kelas dalam talian menggunakan e-portfolio. Sekiranya e-portfolio saya kelihatan membosankan, pelajar saya tidak akan menikmati kelas saya. Oleh itu, penting bagi saya untuk menjadikan saya lebih banyak portfolio untuk menarik minat saya. Selain itu, saya benar-benar percaya bahawa pembelajaran tidak akan sama seperti apa yang berlaku pada hari-hari ini. Pelajar mungkin akan belajar dengan membuat blog mereka sendiri, e-portfolios dan kaedah pembelajaran dalam talian. Oleh itu, sebagai seorang guru saya perlu menguasainya, supaya saya boleh mengajar mereka cara membuat, mengurus dan membuat e-portfolio lebih menarik. Kuliah ketiga diberikan oleh Dr Hazrati. Dr Hazrati memberikan kuliah mengenai grafik dan multimedia. Pertama sekali, terdapat pelbagai bentuk media seperti teks, grafik atau imej, audio, video, animasi dan kandungan interaktif. Multimedia adalah kandungan yang menggunakan gabungan pelbagai bentuk media seperti yang disebutkan. Dr Hazrati menjelaskan kepada kami dengan jelas dan bermaklumat mengenai setiap bentuk media, dari teks ke kandungan interaktif. Grafik adalah salah satu bentuk dalam multimedia. Terdapat tiga jenis grafik iaitu ilustrasi, realistik dan simbolisme. Selain itu, kami diberikan maklumat mengenai prinsip reka bentuk. Prinsip-prinsipnya adalah; kontras, repetition, alignment dan proximity.Grafik penting untuk menyediakan bahan-bahan pandangan (visual) yang sangat penting untuk menyampaikan sesuatu mesej tertentu dengan jelas.Dalam kuliah itu, saya belajar bahawa memilih warna latar belakang memainkan peranan besar dalam mereka bentuk. Monochromatic lebih sesuai untuk latar belakang. Kemudian, warna yang serupa akan selalu bersebelahan untuk mendapatkan butiran sokongan di mana ia penjelasan tajuk manakala komplementer memberi tumpuan kepada warna kontras yang boleh digunakan untuk menegaskan tajuk utama atau maklumat penting. Sebagai seorang guru, kita mesti mempunyai pengetahuan asas grafik untuk membuat persediaan bahan bantu mengajar asas. Pemahaman asas grafik membolehkan seseorang menghasilkan BBM yang efektif.
Tiada kelas tutorial pada minggu 5 kerana Dr Fariza mempunyai satu pertemuan penting untuk beliau hadir. Oleh itu, kami diberi tugasan untuk membuat curriculum vitae (CV) kami sendiri dan meletakkannya di e-portfolio di laman web Weebly. Kami boleh membuat CV sendiri dengan menggunakan Canva, Piktochart dan mana-mana laman web percuma yang boleh membuat CV. Di samping itu, terdapat banyak elemen yang boleh kita letakkan di CV kita sendiri, seperti kemahiran, ringkasan peribadi, pendidikan, maklumat perhubungan dan rujukan pencapaian. Apakah yang dimaksudkan dengan Curriculum Vitae (CV) dan resume? Secara amnya, CV merupakan dokumen yang mempunyai maklumat lengkap dan tersusun tentang pengalaman profesional dan kelayakan seseorang, manakala resume ialah dokumen yang sama tetapi dalam format yang sangat ringkas. CV biasanya mengandungi dua hingga empat muka surat, manakala resume biasanya tidak melebihi satu muka surat. CV juga adalah dokumen yang diterima pakai untuk permohonan kerja di kebanyakan negara di seluruh dunia termasuk Malaysia. Tetapi terdapat beberapa perbezaan dari segi susunan dan penyampaian CVdari satu negara ke negara yang lain. Pada dasarnya, isi kandungannya tetap sama. Resume pula merupakan dokumen yang paling diterima pakai untuk permohonan kerja di Amerika Syarikat dan Kanada |
Author
group mate
|