Minggu terakhir kuliah bersama dengan Dr Hazrati. Dr Hazrati telah membuat rumusan keseluruhan subjek pembelajaran di dalam kuliah Kursus Teknologi dan Inovasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran (GGGA2123).
Minggu terakhir juga bersama dengan Dr Fariza. Kelas kali ini semua kumpulan telah membentangkan hasil kerja masing-mrasing. Pada hari ini, kami membentangkan aktviti kumpulan yang telah disiapkan iaitu projek video dan Ar. Kelas pada hari ini sangat seronok kerana dapat melihat kreativiti kawan-kawan membuat tugasan masing-masing. Bagi tugasan AR, kami telah membuat permainan ‘SPORT CROSSWORD’. Pada minggu 9 yang lalu Dr Fariza meminta kami untuk membuka aplikasi open learning untuk membuat bacaan berkaitan dengan penilaian prototaip. Namun, modul yang diminta untuk dibuka oleh beliau mempunyai ralat, jadi beliau akan menggantikan latihan yang lain. Refleksi ini adalah refleksi terakhir di mana kami dikehendaki mengemaskini blog setelah selesai semua sesi pembelajaran dalam kursus Teknologi dan Inovasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Pada pendapat saya, ini adalah salah satu platform yang baik bagi bakal-bakal guru seperti kami di Fakulti Pendidikan kerana kursus ini banyak mengajar kami kemahiran, teknik dan kaedah pengajaran dengan menggunakan teknologi terkini. Penulisan blog, penghasilan bahan storyboard dan multimedia, Gamifikasi&Argumented Reality dan curriculum vitae adalah antara tugasan yang diberikan sepanjang kepada kami secara individu serta berkumpulan. Saya juga ingin berterima kasih kepada Dr. Fariza yang tidak putus-putus memberi panduan, tunjuk ajar dan bimbingan sepanjang 10 minggu kelas tutorial bersamanya. Oleh itu, kursus ini seharusnya diteruskan bagi membimbing bakal-bakal guru pada masa hadapan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran kelak.
0 Comments
Leave a Reply. |
Author
group mate
|